Selasa, 29 April 2014

Peperiksaan Pegawai Akauntan W41

Anda sedang mencari rujukan peperiksaan pegawai akauntan W41?.

Kami bantu anda >>>>>

KLIK DISINI 

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 dicari oleh calon peperiksaan SPA yang dipanggil bagi jawatan Akauntan W41 dalam masa terdekat. 

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri ada mengeluarkan panduan umum untuk sesi peperiksaan ini tetapi ianya sangat asas. 

Bagi calon baru yang masih belum tahu format soalan peperiksaan Akauntan ini mungkin sangat membantu tetapi percaya atau tidak, contoh soalannya amat sedikit sekadar panduan umum calon. 

Kita akan kongsikan contoh soalan nanti, tetapi perlu diingat, ianya bukanlah soalan bocor peperiksaan Akauntan Gred W41 Jawatan Akauntan W41 adalah jawatan yang diletakkan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM). 

Mengikut rekod, tahun 2013, tiada peperiksaan pegawai akauntan W41 ambilan jawatan ini. Kali terakhir sesi peperiksaan adalah pada tahun 2012. Jadi jika anda mendapat panggilan ke sesi peperiksaan ini, jangan lepaskan peluang kerana ini adalah peluang keemasan untuk anda menjawat jawatan Akauntan W41

Format Peperiksaan Akauntan Gred W41 boleh dapat disini ...>>>>


KLIK

Ujian ini mengadungi empat seksyen iaitu:
  • Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris
 

Tip Menjawab Soalan Akauntan W41

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut. 

 (b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

 (c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41

Contoh #1 Jualan Syarikat Teras Uji Sdn. Bhd. Bernilai RM871,421, kos barang yang dijual berjumlah RM465,651 dan kos operasi RM233,562. Kirakan untung kasar bagi syarikat ini?  

Contoh #2 Syarikat Infokerjaya Resources Sdn. Bhd. Telah membeli sebuah kenderaan dengan kos perolehan sebanyak RM90,767. Aset ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM5,000 selepas 5 tahun. Kirakan jumlah peruntukan susut nilai selepas tiga tahun asset ini dugunakan dengan kaedah garis lurus?  

Contoh #3 Pada 28 Julai 2013, Khairul Asrol membeli barang niaga berharga RM4,300 secara kredit dengan syarat 10% 5 hari; 5% 10 hari. Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar oleh Khairul Asrol pada 3 Ogos 2013?   

Contoh #4 Manakah antara perkara berikut yang tidak diambil kira dalam menghitung susut nilai aset? A. Kos Pembaikan B. Harga Kos Belian C. Nilai Skrap Aset D. Jangka Usia Penggunaan Aset   

Contoh #5 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut? A. 28 B. 49 C. 56 D. 62  

Persediaan Penuh Peperiksaan Akauntan W41

Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 graduan dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan Untuk peperiksaan Akauntan, anda boleh mendapatkan rujukan penuh beserta contoh soalan di; 

 [+] Rujukan Lengkap Peperiksaan Akauntan W41  





Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Akauntan W41 ini menjadi kenyataan

KLIK DISINI JANGAN TERLEWAT:---

http://jvsecurepay.com/access/45xi/3149

Rabu, 2 April 2014

BELAJAR BAHASA INGGERIS MUDAH



Dalam Temuduga Kena BM ke BAHASA INGGERIS?.


Ni antara soalan yang famous juga yang sering ditanya ramai:-

Memang ramai di antara kita takut kalau semasa temuduga disuruh berbahasa Inggeris. Mana tak cuak, tahu cakap “ Yes, no..je..hehehe” (gurau je)

Dalam temuduga kerja kerajaan atau swasta, tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris amat penting, terutamanya bagi mereka yang memohon jawatan professional (yang berijazah). 

Panel penemuduga akan menyoal anda dalam BAHASA INGGERIS. Mungkin bukan 100% BAHASA INGGERIS tapi biasanya dalam 30 – 70 % BAHASA INGGERIS akan digunakan.

Mengapa dalam kerja gov ni interview dalam Bahasa Inggeris juga?,,kan dalam sektor awam Bahasa Melayu amat diutamakan?

Ya, betul! Dalam perkhidmatan awam, BM memang diutamakan, tetapi Bahasa Inggeris juga amat meluas digunakan, terutamanya melibatkan urusan –urusan luar Negara, pelanggan/orang awam berstatus tinggi, urusan - urusan dokumentasi dan sebagainya.

Kan penjawat awam ni akan berhadapan dengan bermacam – macam bangsa, bermacam – macam ragam orang. 

Walaupun orang Malaysia sekalipun, tidak semua mereka fasih berbahasa Melayu…Untuk memudahkan urusan, Bahasa Inggeris digunakan…

Itulah antara salah satu sebab dari banyak sebab kenapa Bahasa Inggeris  penting dalam sektor awam…Jadi, semasa temuduga, anda akan dinilai dalam penguasaan bahasa Inggeris..

Adakah amat bagus, biasa, ataupun teruk….

Sebenarnya, apakah yang dinilai semasa dalam temuduga tersebut?

“Adakah grammarnya?

“Adakah komunikasinya?

“Adakah pemahamannya?

Sebenarnya, yang paling utama dinilai dalam temuduga adalah “MAMPUKAH ANDA BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS?”

Ini bukan bermaksud anda perlu mahir atau fasih berbahasa Inggeris seperti mat salih dalam TV tu..

Apa yang dinilai adalah, adakah anda faham dengan soalan Bahasa Inggeris yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan. Grammar usah dipedulikan…Janji anda boleh bercakap dalam Inggeris…

Jika anda ditanya soalan dalam Bahasa Inggeris, maka jawablah dalam Bahasa Inggeris. Dan jika anda ditanya dalam BM, jawablah dalam BM. Jangan panel tanya “ What is your name?” anda jawab “name saye Ali bin
Atam…”.

Biasanya soalan paling famous ditanya dalam Bahasa Inggeris ini adalah “Please Introduce Yourself”. Soalan ni memang la kacang..Tapi adakah anda mampu menjawabnya dengan lancar? Jika tak lancar tu, beringat –ingatlah sikit ye…….

Tu baru soalan yang ‘simple – simple’..Belum soalan susah lagi…Jika anda ditanya soalan seperti ini “ What do you know about satu Malaysia? Please explain….”Haaaaaa…Camne nak jawab ye? Berbelit – belit lidah nak menerangkannya nanti…

Apapun jika kita sememangnya lemah dalam Bahasa Inggeris, memang akan bermasalah…

Setakat pandai cakap “My name is….” Budak tadika pun pandai..

Kenapa kita ni lemah dalam Bahasa Inggeris ye? Padahal kita belajar Bahasa Inggeris ni sejak dari tadika sampai la ke universiti..dari umur 6 tahun hinggalah ke 23 tahun…nak dekat 20 tahun belajar Bahasa Inggeris tapi tak
reti – reti cakap Bahasa Inggeris…Apa salahnya ye…

Sebenarnya sistem pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia ni tidak mengajar kita untuk bercakap BI, tapi mengajar kita untuk mendapat A dalam BI…Tu antara puncanya…

Sistem pengajaran Bahasa Inggeris sepatutnya perlu dikemaskini dengan lebih baik lagi supaya pelajar dapat mahir dan fasih berbahasa Inggeris dengan masa yang lebih pantas..

Saya malas nak ulas panjang lagi mengenai isu ini, bukan apa..takut kena “gam” pula..:)

So, apakah persediaan Bahasa Inggeris anda untuk menghadiri temuduga? Di sini saya syorkan beberapa kaedah:

1. Baca paper Bahasa Inggeris setiap hari..Baca The Star ke NST ke..baca 30 minit sehari pun ok

2. Tak faham makna Bahasa Inggeris buka je kamus…jangan malas

3. Dengar lagu Bahasa Inggeris…tak kira la rap ke, rock ke, …ianya membantu..

4. Tonton movie Bahasa Inggeris – yang ada subtitle BM dan Bahasa Inggeris…syok ni, sambil berhibur kita belajar…

5. Bercakap Bahasa Inggeris dengan kawan – kawan..secara melawak…tak kisah la ayatnya tunggang – langgang…Ini banyak membantu..

6. Bercakap dalam Bahasa Inggeris depan cermin…ni cara belajar juga ni..

7. Belajar basic grammar saja..past tense dengan present tense pun dah cukup:)

8. Jangan baca buku Bahasa Inggeris yang tebal – tebal macam buku teks tu..takde gunanya..

9. Dan bermacam – macam cara lagi..

Dengan kemampuan anda dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan atau swasta, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu untuk masa depan dan juga kehidupan seharian…

Saya ada membeli SATU PANDUAN UNIK UNTUK MAHIR DALAM BERCAKAP Bahasa Inggeris dalam masa yang singkat dari internet…Ternyata kaedah – kaedah yang diajarkan dalam menguasai Bahasa Inggeris amat unik, PRAKTIKAL dan berkesan..


Sekian,


SAYA CUBA BANTU ANDA...

KLIK:-

http://tinyurl.com/ingerisdisini