SALAM SEJAHTERA...
Hari ini saya berada di jerantut.Bandar yang menjadi tempat saya membesar.Telah kutinggalkan beberapa lama dahulu.
Kini ia sudah membangun, selari dengan kehendak semasa.Banyak perubahan demi perunahan telah berlaku.
Adakah ia percuma dan perlu dibiarkan?. Pastinya tidak sebagai warga jerantut perlu ada kesedaran untuk meneruskan usaha membangunkan bandar ini ataupun memelihara warisan terdahulu..
Wahh...panjang lebar saya memulakan cerita !!!..
Nak kongsi la hobi saya ini..Bila balik ke daerah ini saya akan cuba meluangkan sedikit masa untuk melawat ke pekan sehari bandar jerantut.
Kalau dulu, memang menjadi hobi saya...untuk menonton orang menjual ubat..Nah...hari ini saya jumpa..katanya datang dari sarawak.Menjual ubat.Tapi mana ubatnya?..
Hobi saya dari dahulu melihat orang menjual ubat ini.Hari ini hobi saya dah datang semula..Sampai di tapak jualan kira - kira jam 9.15 pagi.Pak sarawak ni namanya haji sapri.Dahulu bangsa iban,agama kristian. Kini dia sudah 2 kali pegi haji.Jadi...namanya Haji Sapri...Seronok hobi saya ini...
Dia memulakan goncangan ayat-ayat supaya semua penonton tidak akan meninggalkan tempat berdiri mereka. Apa tidaknya ada yang berdiri begitu lama sampai jam 11.00 termasuk saya.
Tak terasa lenguh kaki atau sakit lutut dek cerita Haji Sapri..
Mulakan dengan membuka kain merah..becerita-cerita dan terus bercerita....
Apa yang menarik perhatian semua adalah menukarkan kertas surat khabar kosong, dibakar dan menjadi kepulan duit kertas bernilai R1, RM50,RM100..
Dihadapan mata saya dan ada saya videokan..Namun di berpesan duit itu jangan di niagakan dan bukan untuk membeli...Hanya untuk pelaris jualan.Aku terpegun melihat kepandaian beliau dan ilmu beliau dalam menukarkan kertas surat khabar menjadi duit setelah suratkhabar tersebut dibakar dan menjadi abu..
Ini adalah kemahiran beliau, jangan kita menidakkan kebolehan beliau.
Namun katanya akan di berikan kepada semua penonton jika mereka sanggup tunggu.Namun dari bayangan aku telah dapat merasa bahawa wang kertas tersebut perlu dibeli.Aku gagal dalam menghadapi ujian beliau kerana jam di tangan sudah pukul 11.00 pg.Ini bermakna sudah 2 jam aku berdiri disamping jinjingan nasi kerabu sebanyak 3 bungkus. Kalau aku terus tunggu, nasi akan basi dan isteri dirumah kelaparan menunggu nasi yang ku beli.
Disini letaknya kematangan dalam menilai sesuatu.Hobi saya, kehendak saya dan tanggung jawab saya...
Kutinggalkan semua cerita, permainan, kepandaian berbicara di pekan sehari jerantut dengan sedikit rakaman video jualan tersebut untuk kutatapi semasa di rumah.Kulangkahkan kaki ke kereta dan menghidupkan enjin kereta.Selamat tinggal pekan sehari jerantut.Semoga di lain hari kita bersua kembali dengan cerita yang lain pula....Itu adalah hobi saya sehingga kini....
"JERANTUT DI HATIKU"...
TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN ANDA MEMBACA NUKILAN INI...
IKHLAS DARI...
ANAK GEMUNCHOR 2014..
Ahad, 30 Mac 2014
Sabtu, 29 Mac 2014
HOBI HARI MINGGU
Salam sejahtera..
Kemana anda minggu ini?.
Apa Aktiviti Anda?.
Yang berkeluarga, kemana anda membawa keluarga bersiar - siar atau bercuti minggu ini.
Hobi anda bagaimana ?. Adakah ia mencapai kemahuan anda.
Hobi tidak semestinya hanya terletak kepada individu itu sahaja, malah ada sesetengah mengatakan hobi saya hanya saya sahaja yang tahu dan akan tahu.
Tanggapan sedemikaian adalah salah..Hobi boleh dikongsi dengan insan lain.Mungkin insan yang terlalu kita sayang.Namun adakah insan tersebut mengetahi bahawa perkongsian hobi akan menjadikan sesuatu yang istimewa.
Bawalah bersama orang yang paling rapat dengan anda untuk mengisi masa lapang.Mungkin bermain helikopter remote, memancing,berjalan-jalan ke kawasan peranginan.
Antara yang paling terkenal di malaysia adalah bercuti di tanah-tanah tinggi.Ini hobi yang sangat baik.Disamping mendapat ketenagan, menghirup udara nyaman juga dapat menjadikan jantung kita sehat.
Tidak kurang mempunyai hobi berjalan ke kawasan pedalaman...mungkin ke Taman Negara..Suasana hijau menjadikan fikiran tenang dan damai.Lari dari tekanan di kawasan bandar yang terlalu banyak bunyi bising dan habuk.
Paling istimewa mengabadikan hobi anda ke lensa kamera..
Kenangan semasa berada di tempat-tempat tersebut di simpan sebagai memori indah sepanjang hidup..
Tidak kira apa jua hobi anda...pastikan ia tidak menjadikan diri anda tersisih dari matlamat asal memenuhi kehendak hobi saya...
sekian..
jumpa lagi..

Rabu, 26 Mac 2014
Selasa, 25 Mac 2014
Nak tunggu apa...
Dapatkanya disini ------>
http://jvsecurepay.com/access/41ch/3149
Pegawia Arkib S41 dah memang dalam tangan kita kalau membuat persediaan awal.
Jangan tunggu sampai orang bercerita pasal Pegawai Arkib S41 baru kita nak beli....
Biar kita memberitahu orang begitu senang untuk pegang jawatan Pegawai Arkib S41 ...atau biar kita senang hati menjawab soalan Pegawai Arkib S41 nanti...
Memang kita nak berjaya menjadi Pegawai Arkib S41 kan !!!
http://jvsecurepay.com/access/41ch/3149
Ahad, 23 Mac 2014
Langgan:
Catatan (Atom)