Ahad, 30 Mac 2014

Hobi Saya

SALAM SEJAHTERA...

Hari ini saya berada di jerantut.Bandar yang menjadi tempat saya membesar.Telah kutinggalkan beberapa lama dahulu.

Kini ia sudah membangun, selari dengan kehendak semasa.Banyak perubahan demi perunahan telah berlaku.

Adakah ia percuma dan perlu dibiarkan?. Pastinya tidak sebagai warga jerantut perlu ada kesedaran untuk meneruskan usaha membangunkan bandar ini ataupun memelihara warisan terdahulu..

Wahh...panjang lebar saya memulakan cerita !!!..

Nak kongsi la hobi saya ini..Bila balik ke  daerah ini saya akan cuba meluangkan sedikit masa untuk melawat ke pekan sehari bandar jerantut.

Kalau dulu, memang menjadi hobi saya...untuk menonton orang menjual ubat..Nah...hari ini saya jumpa..katanya datang dari sarawak.Menjual ubat.Tapi mana ubatnya?..

Hobi saya dari dahulu melihat orang menjual ubat ini.Hari ini hobi saya dah datang semula..Sampai di tapak jualan kira - kira jam 9.15 pagi.Pak sarawak ni namanya haji sapri.Dahulu bangsa iban,agama kristian. Kini dia sudah 2 kali pegi haji.Jadi...namanya Haji Sapri...Seronok hobi saya ini...

Dia memulakan goncangan ayat-ayat supaya semua penonton tidak akan meninggalkan tempat berdiri mereka. Apa tidaknya ada yang berdiri begitu lama sampai jam 11.00 termasuk saya.

Tak terasa lenguh kaki atau sakit lutut dek cerita Haji Sapri..

Mulakan dengan membuka kain merah..becerita-cerita dan terus bercerita....

Apa yang menarik perhatian semua adalah menukarkan kertas surat khabar kosong, dibakar dan menjadi kepulan duit kertas bernilai R1, RM50,RM100..

Dihadapan mata saya dan ada saya videokan..Namun di berpesan duit itu jangan di niagakan dan bukan untuk membeli...Hanya untuk pelaris jualan.Aku terpegun melihat kepandaian beliau dan ilmu beliau dalam menukarkan kertas surat khabar menjadi duit setelah suratkhabar tersebut dibakar dan menjadi abu..

Ini adalah kemahiran beliau, jangan kita menidakkan kebolehan beliau.


Namun katanya akan di berikan kepada semua penonton jika mereka sanggup tunggu.Namun dari bayangan aku telah dapat merasa bahawa wang kertas tersebut perlu dibeli.Aku gagal dalam menghadapi ujian beliau kerana jam di tangan sudah pukul 11.00 pg.Ini bermakna sudah 2 jam aku berdiri disamping jinjingan nasi kerabu sebanyak 3 bungkus. Kalau aku terus tunggu, nasi akan basi dan isteri dirumah kelaparan menunggu nasi yang ku beli.

Disini letaknya kematangan dalam menilai sesuatu.Hobi saya, kehendak saya dan tanggung jawab saya...

Kutinggalkan semua cerita, permainan, kepandaian berbicara di pekan sehari jerantut dengan sedikit rakaman video jualan tersebut untuk kutatapi semasa di rumah.Kulangkahkan kaki ke kereta dan menghidupkan enjin kereta.Selamat tinggal pekan sehari jerantut.Semoga di lain hari kita bersua kembali dengan cerita yang lain pula....Itu adalah hobi saya sehingga kini....


"JERANTUT DI HATIKU"...

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN ANDA MEMBACA NUKILAN INI...

IKHLAS DARI...

ANAK GEMUNCHOR 2014..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan